Jan 24, 2012

#3. Unexpected

Hi Assalamualaikum.....

Andai kata kalau blog ini boleh tulis segala yang ada dalam fikiran saya sekarang ini boleh jadi ceramuk. Tak tahu nak tulis dari mana awalnya. *sigh*

Sejujurnya dalam masa seminggu yang lalu ada perkara yang di luar jangkaan berlakuan. Sampai ke la ni saya macam dok tak percaya je apa yang berlaku. 

Selama 3 bulan yang lalu saya di letak bawah pemerhatian Supervisor saya. Jadi every week saya kena melapor kan aktiviti dan isu-isu yang timbul sepanjang minggu tu untuk dia bentang dalam meeting. Masa mula-mula tu rasa leceh la sebab banyak database yang perlu saya buat, turun naik tu dah biasa lah. Dok check stock, dok kira stock. Sampai ada sekali tu saya nangis seorang-seorang kat meja kerja sebab stress sangat. 

Setiap minggu tu ada je kekangan yang berlaku sampaikan saya rasa nak ikat satu band kat kepala tu tulis "JANGAN KACAU". Phew..tapi kan semua aktiviti 3 bulan yang lalu dah stop last week sebab s.v saya dah berhenti kerja. Saya kena berdiri di atas kaki sendiri.

Stress weyh..stress! Dah takde siapa nak back up kalau ada isu yang berlaku. Dah takde siapa nak bagi suggestion untuk buat itu dan ini. Walaupun s.v garang tapi nasihat dia boleh pakai. Saya selalu gelak kalau kena marah dengan dia. Sebab saya rasa lawak.

Ada sekali tu kami dok bincang isu stock. Hari itu adalah hari terakhir saya jumpa dia. Dia sampai sakit dada dengan pening kepala sebab apa yang dia cuba sampaikan pada saya tak tersampai. Di sebabkan pemahaman saya dengan dia berlainan. muahaha...:D Dia selalu cakap bila dia cakap dengan saya umpama dia dok cakap pasal "isu bola dengan tali". Walaupun saya tak paham apa kaitannya bola dgn tali tu, lepas keluar dari bilik dia saya akan ngomel sendirian.

Bukan apa, sebenarnya saya agak serabut sebab rasa macam tak best je takde orang yang monitor saya. Takde orang yang tiba-tiba dok intai dari luar warehouse tengok saya dok stress nyanyi seorang-seorang dalam warehouse tu. 

Apa-apa pun saya amat berterima kasih pada s.v sebab tunjuk ajar dia selama 3 bulan tu. Nak marah pun tak boleh dah benda dah jadi. Saya dengan kak shu umpama hilang suami minggu lepas. T_T tambahan ada isu yang lain terjadi menambahkan pressure. Semoga apa yang terjadi ini ada hikmah yang baik di sebaliknya. Amin.

Till then,

With Love,

H.N



0 comments: