Hi Assalamualaikum....
Ini adalah entry yang pertama setelah er er berapa bulan tak hupdate. Nak je rasa tulis entry macam-macam tapi macam biasa jela buka dashboard blogger, type separuh kemudian save as draft. Tak ke mana pun. *ayat dok rotate hak tu ja*. kihkih..;p
Alhamdulillah kalau ikut entry yang last sekali saya dah habis praktikal dan sekarang ini saya tengah bekerja di syarikat yang sama saya berpraktikal dulu.Tapi masih dalam tempoh pemerhatian. Maksudnya belum dapat confirmation lagi. Phew..boleh tahan jugak stress bekerja ini! Sebab kalau silap tu berlaku di pihak saya, pincang semua department. Macam berada di tengah-tengah. Kalau ini takde, itu takde department production tak boleh nak produce barang, lepas tu department operation tak boleh nak buat trip untuk bagi customer. Yang department sales & marketing pun akan terjejas.
Masa awal-awal saya bekerja. Hampir setiap hari kepala saya berdenyut gara-gara stress nak completekan database stock dengan cost barangnya, nak kejar due date nak order barang, siap kan itu dan ini. Balik je kerja, makan, mandi, sembahyang terus tidur. Dah takde dah tengok TV.
Nak jadikan cerita masa minggu lepas, ada buat meeting tahunan untuk semua staff. Yang saya ni nervous termasuklah si Kak Shu dengan Wany. Al-maklum first time masuk meeting bersama head department. Alhamdulillah Boss, sampaikan kata amanat beliau untuk 2012 ni beserta target and motivasi untuk teruskan usaha.
Tapi apa yang menarik perhatian saya adalah ucapan dari Kak Fida yang membuat saya tersedar.
"Kalau kita bekerja, kita harus amanah dalam menjalankan tanggungjawab kita. Sebab kita dibayar untuk membuat kerja itu. Tak kira lah gaji tu kecil atau besar. Janganlah sekadar melepaskan batuk di tangga."
Kalau di teliti balik kata-kata Kak Fida, ada benarnya. Kadang-kadang saya alpa dan lalai buat kerja. Jadi saya harap 2012 ni saya dapat meningkat prestasi diri dan lancarkan sistem.ecece..berkobar je azam. Plus dapat hilangkan trauma drive. Kesian kat mama dok jemput ambil dari kerja. Semoga cepatlah datang keberanian tu. ;(
Kalau dapat buat wheelie macam ni pun dah kira terarr gila. Jom race! ekeke...;p
Till then...
With Love,
H.N


0 comments:
Post a Comment