Oct 11, 2011

# 54. New phase of life..

Hi Assalamualaikum...

*sambil tepuk tepuk papan kekunci laptop ni* konon-konon berhabuk la tu. 

Setelah dah lama tak tulis, kini kembali lagi. ya, tu tak pasti lah untuk jangka masa yang berapa lama tak update belog.

Alhamdulillah, dah tamat pun 4 bulan berpraktikal dan report praktikal pun dah selamat hantar pada hari Ahad yang lepas. Pulun last minute kot menaip report sampai bersengkang mata 2 hari berturut-turut sebab nak capai target hari Khamis last week kena hantar jugak untuk di jilid hard cover. Fheww....lega rasanya.walaupun ada juga salah yang berlaku masa proses penjilidan. arghh...tidak mengapa. semua itu sudah berlalu.

3 hari 2 malam berada di Sintok memang rasa semua memori 3 tahun yang lalu berputar kembali. Lalu kat Changlun, tengok pembangunan yang pesat berlaku. Kalau 3 tahun dulu, KFC pun tak de. Sekarang ni dah ada. Masuk UUM pula, dapat merasa pergi DKG 6 dengan Bangunan FSK berjalan kaki dari bus stop DKG 5. Perghh...boleh tahan jauh dia. Mencunggap berjalan. Nasib baik masa nak pergi bilik lecturer ada lif. Kalau mencunggap sekali lagi naik tangga sampai tingkat 3. PERGH PERGH..*sambil seka air peluh kat dahi*

Tapi 3 hari tu memang tak cukup untuk saya jumpa dengan kawan-kawan saya. Depa mai lambat sangat, saya tak boleh tunggu lama sangat kat sana. Komitmen bekerja menanti kat Shah Alam. Ya, saya dah bekerja. Macam tak percaya hari ini adalah hari ini hari pertama saya bergelar staff, bukan lagi budak praktikal. Macam jauh sangat dah saya melangkah. Macam dah makin tua je. Bak kata angah "wanita berkerjaya!".

Eyh eyh, kena pergi dulu. Nak kena siapkan kerja yang banyak tertunggak masa cuti hari tu.

Till then,

With Love,

H.N

0 comments: