Aug 4, 2011

# 52. Ramadhan Mubarak

Hi. Assalamualaikum

Happy fasting everyone! Hari ini adalah hari keempat kita berpuasa. Alhamdulillah untuk tahun ini saya dapat berpuasa, berbuka dan bersahur di rumah berbanding sebelum ni berada diperantauan. ecece...macam jauh je bila sebut perantauan tu. :p setakat kat Kedah nun haa. 

Compared untuk ramadhan sebelum-sebelum ni, kami sekeluarga dah tak pergi berterawih di Masjid Negeri. Sekarang buat kat rumah je sebab baba dah kurang sihat. Asyik batuk-batuk je. Lagipun kat area rumah tu masjid belum dibangun kan lagi. =.=' entah bila developer nak start bina pun tak tahu la. 

Bila masuk ramadhan je, saya selalu teringat kenangan masa kecik dulu. heee.....yang ni tak boleh jadi contoh buat adik-adik di luar sana. haha....:D sangat tak senonoh. 

Selalunya after maghrib, saya sekeluarga akan ke Masjid Negeri untuk solat terawikh. Dari arwah wan, bibik, baba, mama dengan 4 orang adik beradik saya. Arwah wan masa tu masih sihat lagi tapi dia akan duduk dekat saf paling belakang. Ala...yang selalunya budak kecik duduk.tak pun main power ranger, karate segala la. tapi kitaorang tak join la semua tu. Mama suruh kitaorang behave.

Lepas dah solat sunat terawikh 4 rakaat, kami berempat (adik-adik sayay) akan berpakat. haa...pakat apa? Pakat hari ini siapa yang akan kentut hari ni. Jadi orang yang kentut akan mintak izin mama dengan bawak peneman untuk teman pergi ambil wuduk semula. bahahaha...senang cerita kena angkut semua sekali. 

Sebenarnya nak pergi turun ambil wudhuk kat toilet Masjid Negeri agak jauh kalau sembahyang kat area atas. Kan kawasan dia sangat besar. Nak turun ke toilet pun dah makan 5 minit. Hehe..niat yang sebenarnya kitaorang bukan pergi ambil wudhuk immediately, kami pergi singgah ke mesin air gedegang (mesin air tin) masukkan duit syling, gedegang....jatuh ayak tin...minum-minum dulu. Baru pi ambil wudhuk. Tak pun ronda-ronda kat bawah tu.

At the end, bila sampai kat ruang solat tu Mama dah habis solat rakaat yang ke 8 pun. Jadi boleh balik terus....;p Bijak betul nak mengelat dulu. Tapi sekarang dah tak buat, saya pun tak akan jadi 'master' untuk hal tersebut. 

InsyaAllah this year ramadhan will be much better than previous. Ameen~


With Love,

H.N


0 comments: