Jun 27, 2011

# 48. Cuti:Day 1 and 2

Hi Assalamualaikum....

(KOREA)

Aloha, ini adalah cerita yang tak berapa lama sangat lah. Cuma diperam sehingga saya ada masa yang betul-betul lapang nak menaip. kihkih...sebenarnya masa akhir bulan 5 hari tu saya pergi bercuti ke Korea. 6 hari 4 malam. Mungkin rezeki tahun ini dapat melancong. Tahun lepas tak dapat sebab clash dengan final exam sem 5 yang kena tunda. huhu..

Berbalik pada cerita pi bercuti ni. On 28th May, pukul 5 petang lagi dah check-in kat KLIA. Seramai 17 orang je dalam trip ni. Separuh darinya adalah cikgu-cikgu, yang lain tu adalah anak-anak cikgu. Antara banyak-banyak muka, muka yang saya cam hanyalah rakan karib waktu zaman sekolah menengah saya, Ain Nadiah. Budak ni payah nak jumpa sebab dok busy kerja dia ni. 

Untuk trip kali ni, kami naik Vietnam Airlines dan akan pergi ke Vietnam untuk transit selama sejam sebelum berlepas ke Korea. Tapi di sebabkan ada beberapa kekeliruan, penerbangan kami jadi lambat 2 jam. Naik mengantuk tunggu kat airport Ho Chi Minh tu. Nak-nak lagi sesuka hati je tukar gate dan seat kami berubah. Nasib baik saya still dapat duduk sebelah perempuan jugak dan orang Malaysia jugak. fuhh

So, dalam pukul 2 pagi baru dapat naik flight. T-T tapi penderitaan tak berhenti setakat itu sahaja. Ada baby menangis dengan kuat, dengan seat dia yang uncomfortable. penerbangan yang 5 jam ni rasa tak ada penghujung dia. Selepas tertidur, saya dikejutkan oleh pramugari tanya nak makan apa? =.=' Akak, pukul 3 pagi kot waktu Malaysia. Nak kena breakfast jugak ke? Kalau kat Malaysia ni,sedang enak tidur di ulit mimpi. Perghhh...
Di KLIA

Transit di Vietnam

5 jam penerbangan ke Korea akhirnya berbaloi bila sampai pada jam 7.30 pagi korea atau 6.30 pagi malaysia. Muka memang tak set langsung. Sampai-sampai je kat sana, terus pergi jalan-jalan. Tak ada singgah check-in kat hotel pun. Tempat yang pertama adalah Blue House. Ala-ala White House jugak. Kat sini parlimen mereka bermesyuarat.


Korea bebeh!!!

Incheon airport

Our Tourist Guide, Mr Hoki (Haki)



Blue House
Kemudian kami ke Gyeongbok Palace. Where this place actually illustrate the folk history of the korean people. It is a very nice place to visit in early morning. Udara dia nyaman dengan panorama yang indah. Siap ada tasik dengan bunga teratai. Reka bentuk bangunan dia dah membawa identiti sendiri. Kebetulan waktu kami nak balik ada pertukaran shift pengawal. Mula-mula kan saya ingat kan ada lakonan ala-ala dinasti mereka. Siap ada pukul gong dengan bawak bendera dan berkuda.

Gyeoungbak Palace




Culture Korean people...Hangbok (costume)



Upacara tukar guard..


Selepas melawat Gyeongbak Palace, kami pergi makan tengah hari dekat restoran India muslim dan juga menunaikan solat di Masjid. Kalau ikut pemerhatian saya, restoran Indian muslim ni banyak bercambah di Korea. Susah nak tengok restoran orang melayu dekat sana. Bukan susah tapi tak nampak langsung. T-T Depa jamu kami makan nasi, roti naan, ayam tandoori kari ayam, kari daging. Tapi ikut tekak tak selera nak makan.

Foods...

Masa di masjid, dingin air dia masa ambil air sembahyang terasa sampai ke tulang. perghh...macam guna air sejuk untuk berwuduk je. Kebetulan masa kami sampai di sana adalah hari ahad. Masjid buat hari terbuka untuk penduduk tempatan mereka mengenali apa itu Islam. Ada yang duduk berbual apa itu Islam dan juga terangkan pada mereka. Insan-insan yang berdakwah di sana adalah sukarela. Rakyat Malaysia yang bermastautin atau belajar di Korea ramah bertegur sapa.

Mosque in Korea



Lokasi seterusnya adalah Nami Island. Lokasi untuk penggambaran Winter Sonata. Gila hyper nak pergi kat sana. Tu drama korea pertama yang saya tonton masa zaman sekolah sampai meleleh ayaq mata kat screen tv dulu. Kang Jun Sang yang hensem. ;p Kononnya nak feel perasaan cinta tu laa. Nami Island ini adalah pulau buatan manusia. Untuk ke sana naik feri dia. sat ja pun. Tapi masa kat pulau tu, punyalah ramai makhluk Allah yang lain. Nak tangkap gambar dekat pokok-pokok dia yang tersusun berderet tu mesti  ada gambar orang lain jugak. Tapi untuk berjalan kaki mengeliling pulau ni mahu tercabut kaki. Saya dengan mama pun sampai melecet berjalan. Last-last naik train untuk patah balik ke check point feri tu. Kena bayar 3 won = RM 9.




on the boat to Nami Island

Nami Island 1

Nami Island 2

Nami Island 3

N. I 4


Winter Sonata Gallery


Sarangheo....<3

Tak sah la kalau mai Korea, tak makan makanan rakyat korea. Maka nya, our tourist guide bawak ke restoran dia dan jamu makan Bibimbap. Depa jamu sayur-sayuran. Ada sayur kobis, tauge, pulut nasi, sayur salad. T-T mama panggil nasi goreng korea. sebab mereka letak paste cili korea. Bagi yang tak tahu rasa kimchi. Dia adalah sayur jeruk, not bad la rasa dia. Cuma lagi sedap bila makan dengan bubur nasi or mee ramen. Mama dok syok makan jeruk seaweed dia. Bentuk dia dah rupa macam cili padi yang warna hijau tu cuma dia tak pedas la.

Bibimbap...Kimchi..seaweed

After makan, kami pun pergi check-in di hotel. Maka ini adalah cerita untuk hari pertama dan kedua ke Korea. Gambar-gambar pun dah digabungkan bagi senang nak scroll. T-T ni pun gigih dok edit. Untuk entry seterusnya tunggu~~....


Till then,


With love,

H.N


2 comments:

intan said...

haaa!update pong!
hihihihi..
woahh seronot seronot..
update lagi update lagi!

una said...

tercunggap2..nk edit gmba.
T-T tggu amma hbs edit gmba br leh publish yg kedua.