Jan 27, 2012

# 5. Numbers

Hi Assalamualaikum....

Finally we meet again Friday. ekeke.. ;) Rasa macam sekejap je bekerja minggu ni. Mana tak nya, 2 hari cuti untuk CNY. Makanya, 3 hari je perlu datang kerja. 

Sejak saya bekerja dengan alat mesin, indirectly field kerja saya ada sikit-sikit melibatkan engineering. T-T walaupun masa belajar dulu ada ambil industry engineering. Tapi tu untuk subject elektif je pun. Nak-nak  banyak kira-kira je subject tu. 

Dan semalam apa yang Boss ajar saya  ni mahu berkerut dahi, dengan material besi nya dengan tolerence nya. Pada pandangan saya value untuk length aluminium extrution tak ada effect dia kalau untuk titik perpuluhan dia. Jadi saya bantai la tukar value mm kepada m untuk senang kira. Dah buat macam kiraan akaun macam tu la.

Dah siap-siap buat table untuk present kat chief production, Boss panggil masuk bilik dia pulak. Rupanya dia nak mintak format saya buat kiraan untuk aluminium extrution. Sekali lepas dia review table tu, dia cakap salah cara saya present value length. Dia kata setiap titik perpuluhan tu ada maksud dia tersendiri. Maksudnya saya kena standardize untuk tolerence limit dia.

Boss siap cari buku atau drawing yang dia belajar kat Jepun dulu. HAMIK kau! Dia siap cakap saya wajib tahu benda ni. Tahu tentang engineering bila nak beli barang. T-T Saya tak mampu nak kata apa dah, telan ayaq liuq jela dengar explaination Boss. So far, Alhamdulillah setakat ini saya masih mampu telan apa yang Boss dan yang lain-lain ajar.

Setakat mana tu? Kita tunggu dan lihat la.....


ps: Tolerence limit is measurement limit in any material of production. Where normally they'll note it as + - (value) in drawing. 

 Till then,

With Love,

H.N

Jan 24, 2012

# 4. This is love



" And one of His signs is that He created mates for you from yourselves that you may find rest in them, and He put between you love and compassion; most surely there are signs in this for a people who reflect." (30:21)

#3. Unexpected

Hi Assalamualaikum.....

Andai kata kalau blog ini boleh tulis segala yang ada dalam fikiran saya sekarang ini boleh jadi ceramuk. Tak tahu nak tulis dari mana awalnya. *sigh*

Sejujurnya dalam masa seminggu yang lalu ada perkara yang di luar jangkaan berlakuan. Sampai ke la ni saya macam dok tak percaya je apa yang berlaku. 

Selama 3 bulan yang lalu saya di letak bawah pemerhatian Supervisor saya. Jadi every week saya kena melapor kan aktiviti dan isu-isu yang timbul sepanjang minggu tu untuk dia bentang dalam meeting. Masa mula-mula tu rasa leceh la sebab banyak database yang perlu saya buat, turun naik tu dah biasa lah. Dok check stock, dok kira stock. Sampai ada sekali tu saya nangis seorang-seorang kat meja kerja sebab stress sangat. 

Setiap minggu tu ada je kekangan yang berlaku sampaikan saya rasa nak ikat satu band kat kepala tu tulis "JANGAN KACAU". Phew..tapi kan semua aktiviti 3 bulan yang lalu dah stop last week sebab s.v saya dah berhenti kerja. Saya kena berdiri di atas kaki sendiri.

Stress weyh..stress! Dah takde siapa nak back up kalau ada isu yang berlaku. Dah takde siapa nak bagi suggestion untuk buat itu dan ini. Walaupun s.v garang tapi nasihat dia boleh pakai. Saya selalu gelak kalau kena marah dengan dia. Sebab saya rasa lawak.

Ada sekali tu kami dok bincang isu stock. Hari itu adalah hari terakhir saya jumpa dia. Dia sampai sakit dada dengan pening kepala sebab apa yang dia cuba sampaikan pada saya tak tersampai. Di sebabkan pemahaman saya dengan dia berlainan. muahaha...:D Dia selalu cakap bila dia cakap dengan saya umpama dia dok cakap pasal "isu bola dengan tali". Walaupun saya tak paham apa kaitannya bola dgn tali tu, lepas keluar dari bilik dia saya akan ngomel sendirian.

Bukan apa, sebenarnya saya agak serabut sebab rasa macam tak best je takde orang yang monitor saya. Takde orang yang tiba-tiba dok intai dari luar warehouse tengok saya dok stress nyanyi seorang-seorang dalam warehouse tu. 

Apa-apa pun saya amat berterima kasih pada s.v sebab tunjuk ajar dia selama 3 bulan tu. Nak marah pun tak boleh dah benda dah jadi. Saya dengan kak shu umpama hilang suami minggu lepas. T_T tambahan ada isu yang lain terjadi menambahkan pressure. Semoga apa yang terjadi ini ada hikmah yang baik di sebaliknya. Amin.

Till then,

With Love,

H.N



Jan 10, 2012

# 2. Nak pergi korea lagi..


# 1: Entry first untuk 2012



Hi Assalamualaikum....

Ini adalah entry yang pertama setelah er er berapa bulan tak hupdate. Nak je rasa tulis entry macam-macam tapi macam biasa jela buka dashboard blogger, type separuh kemudian save as draft. Tak ke mana pun. *ayat dok rotate hak tu ja*. kihkih..;p

Alhamdulillah kalau ikut entry yang last sekali saya dah habis praktikal dan sekarang ini saya tengah bekerja di syarikat yang sama saya berpraktikal dulu.Tapi masih dalam tempoh pemerhatian. Maksudnya belum dapat confirmation lagi. Phew..boleh tahan jugak stress bekerja ini! Sebab kalau silap tu berlaku di pihak saya, pincang semua department. Macam berada di tengah-tengah. Kalau ini takde, itu takde department production tak boleh nak produce barang, lepas tu department operation tak boleh nak buat trip untuk bagi customer. Yang department sales & marketing pun akan terjejas.

Masa awal-awal saya bekerja. Hampir setiap hari kepala saya berdenyut gara-gara stress nak completekan database stock dengan cost barangnya, nak kejar due date nak order barang, siap kan itu dan ini. Balik je kerja, makan, mandi, sembahyang terus tidur. Dah takde dah tengok TV.

Nak jadikan cerita masa minggu lepas, ada buat meeting tahunan untuk semua staff. Yang saya ni nervous termasuklah si Kak Shu dengan Wany. Al-maklum first time masuk meeting bersama head department. Alhamdulillah Boss, sampaikan kata amanat beliau untuk 2012 ni beserta target and motivasi untuk teruskan usaha. 

Tapi apa yang menarik perhatian saya adalah ucapan dari Kak Fida yang membuat saya tersedar. 

"Kalau kita bekerja, kita harus amanah dalam menjalankan tanggungjawab kita. Sebab kita dibayar untuk membuat kerja itu. Tak kira lah gaji tu kecil atau besar. Janganlah sekadar melepaskan batuk di tangga." 
Kalau di teliti balik kata-kata Kak Fida, ada benarnya. Kadang-kadang saya alpa dan lalai buat kerja. Jadi saya harap 2012 ni saya dapat meningkat prestasi diri dan lancarkan sistem.ecece..berkobar je azam. Plus dapat hilangkan trauma drive. Kesian kat mama dok jemput ambil dari kerja. Semoga cepatlah datang keberanian tu. ;( 


Kalau dapat buat wheelie macam ni pun dah kira terarr gila. Jom race! ekeke...;p



Till then...

With Love,

H.N